Filem Malaysia Abang Adik Box Office Di Taiwan, Kutip RM6.5 Juta

14 Dec 2023 • 11:50 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Filem arahan pertama Jin Ong berjudul Abang Adik terus melakar sejarah di Taiwan apabila menjadi filem Malaysia pertama yang mencatat rekod pecah panggung dengan kutipan NT$40mil (RM6.5 juta).

Ong yang merupakan anak kelahiran Taiping, Perak tidak dapat menahan sebak sebaik saja diumumkan tentang berita berkenaan daripada pihak penayangan filem di Taiwan.

"Saya menangis kerana tiga hari pertama tayangan filem ini pun kami berjaya meraih RM2.2 juta. Semasa di Taiwan saya juga menangis selepas mendapat berita itu. Semua filem Malaysia yang pernah ditayangkan di Taiwan sebelum ini masih tiada rekod ini. 

"Sebenarnya saya juga takut untuk tayangkan filem Abang Adik di sana kerana ia mungkin jadi seperti filem-filem lain sebelum ini. Tapi, sejak ditayangkan, ia sering diperkatakan penonton di sana.

"Disebabkan itu perasaan kami sudah berubah, tapi tidak menyangka boleh meraih kutipan yang baik hanya selepas tiga hari ditayangkan. Jadi, apabila tadi pihak dari Taiwan maklumkan kepada saya mengenai perkara ini, saya sangat seronok," katanya kepada Gempak.

Ong ditemui pada sesi tayangan dan sidang media filem Abang Adik di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Terdahulu, filem Abang Adik yang ditayangkan di Taiwan bermula 1 Disember lalu mendominasi carta pecah panggung negara itu pada minggu pertama dengan kutipan sebanyak NT$15mil (RM2.22 juta), sekali gus dianggap kutipan tertinggi untuk filem Malaysia.














image is not available