Filem 'Maryam' Yang Diterajui Sofea Jane Tayang Kali Pertama Di Festival Filem Antarabangsa Rotterdam 2023

21 Dec 2022 • 10:03 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Selain Sofea Jane, 'Maryam Pagi ke Malam' turut menampilkan barisan pelakon terulung lain termasuk Susan Lankester dan Vanidah Imran - Gambar Rhu Graha

Filem Maryam Pagi ke Malam (Maryam) yang dibintangi Datin Sofea Jane sebagai teraju utama telah berpeluang untuk membuat tayangan perdana pertama (World Premiere) di Festival Filem Antarabangsa Rotterdam (IFFR) 2023.

Bahkan, ia juga turut tersenarai dalam program “Harbour” IFFR dalam kalangan filem kontemporari pelbagai jenis dari seluruh dunia. 

Diterbitkan Rhu Graha dan Gunung Cherita, Maryam yang diarahkan Badrul Hisham Ismail dan skrip oleh Faizal Tehrani merupakan wakil tunggal Malaysia untuk edisi festival kali ini yang akan berlangsung antara 25 Januari ke 5 Februari 2023 di bandar Pelabuhan Rotterdam, Netherlands.

Apa yang menarik, filem ini juga turut menampilkan barisan pelakon terulung lain termasuk Susan Lankester dan Vanidah Imran. 

Ia mengisahkan sehari dalam hidup Maryam, seorang pemilik galeri golongan kerabat berusia 50 tahun, yang cuba memujuk ayahandanya untuk memberi izin agar dia dapat berkahwin, selain pelbagai cabaran birokrasi yang menghalang wanita seperti beliau membuat pilihan pasangan sendiri.

Selain Rhu Graha (sebuah unit syarikat Gunung Cherita), Maryam turut diterbitkan Anomalous Films, dan Kerja Summer serta mendapat sokongan daripada Kementerian Komunikasi dan Digital, MyCreative dan PENJANA. – Getaran, 21 Disember 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved