Filem Mat Kilau perkukuh semangat patriotisme, perpaduan

19 Jul 2022 • 3:34 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

ALOR SETAR – Tayangan filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan melalui Program Semarak Uniti Keluarga Malaysia – Hayati Sejarah melalui filem Mat Kilau diharap memperkukuhkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.

Pegawai Perpaduan Kota Setar/Padang Terap/Pokok Sena, Mohamed Zaizulman Zainal Abidin berkata, tayangan filem itu disertai pelbagai peserta termasuklah Kelab Rukun Negara (KRN), Jiran Muda, Jiran Wanita dan Sekretariat Rukun Negara (SRN) di daerah tersebut.

“Melalui usaha murni ini, kami berharap dapat memperkukuhkan semangat patriotisme dan jati diri dalam konteks memupuk perpaduan masyarakat yang cintakan negara dapat dicapai.

“Selain itu, kita berharap program dilaksanakan dapat mengeratkan lagi hubungan silahturrahim dalam kalangan peserta di daerah Kota Setar/Padang Terap/Pokok Sena itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian selepas menyertai program menonton filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan sempena Program Semarak Uniti Keluarga Malaysia – Hayati Sejarah melalui filem Mat Kilau di sebuah pawagam di Aman Central pada Ahad.

Tambah Zaizulman, Program Semarak Uniti Keluarga Malaysia berkenaan adalah inisiatif Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dalam mencapai matlamat dan sasaran Kami@Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia 2021-2025.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved