Filem Mat Kilau raih RM51.8 juta lepas 13 hari tayangan

6 Jul 2022 • 4:13 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 6 JULAI: Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan yang mencetuskan fenomena memperoleh kutipan RM51.8 juta dalam tempoh 13 hari tayangan di pawagam.

Penerbit Studio Kembara Sdn Bhd Abdul Rahman Mt Dali mengesahkan perkara itu dan berterima kasih kepada penonton yang memberi sokongan, lapor Berita Harian.

“Paling mengujakan, pelbagai lapisan masyarakat datang menonton. Ini termasuklah makcik dan pakcik, ada antaranya bertongkat serta berkerusi roda.

“Ia sekali gus menyuntik semangat untuk menghasilkan filem bergenre epik dan ikonik pada masa hadapan. Saya amat menghargai sokongan, termasuk rakan media,” katanya.

Sementara itu, pengarahnya Syamsul Yusof tidak menyangka kutipan filem Mat Kilau menerima sambutan luar biasa dan mencantas rekod Munafik 2, yang juga arahannya pada 2018.

“Paling maksimum, kutipan boleh pergi hingga RM60 juta. Biarpun ada yang berpendapat mungkin kutipan lebih tinggi akan diperoleh,” katanya.

Pembikinan filem berdasarkan fakta sejarah dengan kos RM8 juta dibintangi Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Datuk Jalaluddin Hassan dan Yayan Ruhian.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved