Filem ‘Tiger Stripes’ Arahan Anak Tempatan Catat Sejarah Lepas Menang Anugerah Di Cannes

Entertainment
26 May 2023 • 3:42 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, filem ‘Tiger Stripes’ yang diarah oleh pengarah muda anak tempatan, Amanda Nell Eu dan telah menjadi filem Malaysia pertama memenangi hadiah utama Minggu Kritik Antarabangsa Cannes ke-62.

Filem pertama arahan Amanda itu telah diangkat sebagai pemenang dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM49,602.

Mengulas tentang kejayaannya, Amanda meluahkan rasa terharu apabila tiket tayangan filem itu habis dijual dan menerima sambutan yang hebat daripada penonton.

image is not available

“Saya bersyukur kerana penonton dapat melihat emosi, perjuangan, dan rasa humor yang terdapat dalam filem ini.”

“Saya juga bertemu dengan ramai orang yang berkata mereka berusaha keras untuk mendapatkan tiket tayangan, tetapi ia habis dijual dengan cepat,” jelasnya.

Dalam pada itu, Amanda turut berkongsi mengenai projek terbarunya yang berlatarkan Tanah Melayu sebelum Perang Dunia kedua dengan menyentuh tema keibuan dan kedudukan seorang isteri.

image is not available

Sementara itu, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) turut mengucapkan tahniah atas pencapaian yang diraih Amanda itu.

Filem ‘Tiger Stripes’ mengisahkan tentang seorang gadis berusia 12 tahun yang tidak dapat memahami apa yang berlaku dengan tubuhnya selepas akil baligh.

Fahmi Fadzil turut ucap tahniah!

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil turut mengucapkan tahniah kepada filem tersebut setelah merangkul anugerah pada Minggu Kritik Festival FIlem Cannes.

“Semoga kejayaan ini menjadi sumber inspirasi buat rakyat Malaysia,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Fuhh terbaik! Tahniah Amanda dan krew!

Sumber : mStar, Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.