FIM World Supercross GP Malaysia Dibatalkan, Kembali Ke Eropah dengan GP Sweden Disember ini

5 Oct 2025 • 2:58 AM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

image is not available

Kejuaraan Dunia FIM World Supercross 2025 akan kembali menggegarkan Eropah, dengan Stockholm disahkan menjadi tuan rumah Swedish GP pada 6 Disember ini.

Kemas kini kalendar musim 2025 dibuat selepas Kuala Lumpur menarik diri daripada menganjurkan pusingan pembukaan. Walaupun Stadium Merdeka tidak dapat memenuhi syarat penganjuran, kemasukan Sweden memastikan siri ini kekal dengan lima pusingan di lima benua, meneguhkan lagi kehadiran global Supercross.

Malangnya, meskipun pelbagai usaha dan pelaburan besar telah dilakukan oleh pihak World Supercross, penganjur tempatan tidak dapat memenuhi syarat yang diperlukan untuk menganjurkan GP Malaysia, dan akibatnya acara tersebut terpaksa dibatalkan.

Kalendar musim 2025 yang disemak semula akan bermula di Buenos Aires pada 8 November, sebelum meneruskan aksi ke Vancouver, Gold Coast (Australia), Stockholm (Sweden), dan menutup tirai dengan pusingan penutup di Cape Town (Afrika Selatan). Pihak penganjur juga menyatakan kesediaan untuk menyokong kehadiran media ke mana-mana pusingan lain sekiranya ingin membuat liputan kejohanan di lokasi berbeza.

image is not available

CEO World Supercross, Tom Burwell berkata:

“Kami amat teruja membawa aksi ke Sweden, sebuah negara dengan semangat kuat terhadap sukan bermotor. Swedish GP akan jadi pentas sempurna untuk pusingan penentuan. Walaupun kecewa dengan kegagalan Malaysia, usaha berterusan pasukan serta sokongan rakan kongsi membolehkan kami bangkit lebih kuat. Sweden melengkapkan lima pusingan penuh di lima benua, menjadikan musim 2025 yang terbesar setakat ini.”

Presiden FIM, Jorge Viegas menambah:

“World Supercross semakin berkembang sebagai kejohanan global. Walaupun ada halangan di Malaysia, ketabahan penganjur memastikan peminat tetap disajikan musim yang hebat di lima benua. FIM akan terus memberi sokongan penuh terhadap kejohanan ini.”

Pembelian tiket untuk Swedish GP kini dibuka di sini: worldsupercrosschampionship.com/sign-up-stockholm-2025

Pemegang tiket GP Malaysia boleh hubungi support@myticketempire.com untuk urusan lanjut

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved