Final Piala Malaysia 2025-2026 ialah perlawanan akhir Piala Malaysia yang akan menyaksikan pertembungan antara Johor Darul Ta’zim dan Kuching City FC pada 23 Mei 2026 (Sabtu), jam 9.00 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Perlawanan ini bakal menentukan siapa yang layak dinobatkan sebagai juara Piala Malaysia untuk musim ini, dengan kedua‑dua pasukan membawa narasi dan aspirasi tersendiri di pentas kebangsaan.
Jom rujuk info penuh perlawanan JDT vs Kuching FC Piala Malaysia 2025-2026 di bawah.
Ringkasan Final Piala Malaysia 2025-2026
- Pasukan bertanding: Johor Darul Ta’zim dan Kuching City FC
- Tarikh: 23 Mei 2026
- Tempat: Stadium Nasional Bukit Jalil.

Siapa Masuk Final Piala Malaysia 2025-2026?
Dua pasukan yang berjaya melangkah ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2025-2026 ialah:
- Johor Darul Ta’zim (JDT)
- Kuching City FC
JDT mengesahkan tempat di final selepas menundukkan Kuala Lumpur City FC di peringkat separuh akhir dengan agregat meyakinkan 8-1.
Skuad kendalian Hector Bidoglio ini tampil dengan rekod tanpa kalah dalam Liga Super musim ini
Manakala, Kuching City mencipta kejutan terbesar musim ini. Selepas menyingkirkan PDRM di suku akhir, mereka berjaya menumbangkan Selangor FC dalam drama separuh akhir yang cukup sengit.
Kemenangan ini meletakkan skuad The Cats di pentas perlawanan akhir Piala Malaysia buat pertama kali dalam sejarah kelab.
Bila Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2025-2026?
Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2025-2026 akan berlangsung pada ketetapan berikut:
- Tarikh : 23 Mei 2026 (Sabtu)
- Tempat : Stadium Nasional Bukit Jalil
Perebutan kejuaraan edisi ke-99 ini mencuri tumpuan ramai apabila mempertemukan juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kuching City FC yang bakal membuat penampilan pertama di pentas akhir.
![Image from: Final Piala Malaysia 2026 [LIVE] JDT vs Kuching City FC](https://imgproxy.newswav.com/1000x0,q50=/https://ecentral.my/wp-content/uploads/2026/04/image-276-819x1024.png)
Pembelian Tiket & Harga
MFL membuat keputusan untuk mengekalkan harga tiket seperti final edisi sebelum ini dengan harga bermula RM50 dan RM70 bagi kategori General Admission (GA50 & GA70).
Selain itu, tiket Premium ditawarkan pada harga RM150 manakala VIP Grandstand berharga RM200.
Harga Tiket Piala Malaysia Final 2025-2026:
- General Admission (GA50): RM50
- General Admission (GA70): RM70
- Premium: RM150
- VIP Grandstand: RM200
![Image from: Final Piala Malaysia 2026 [LIVE] JDT vs Kuching City FC](https://imgproxy.newswav.com/1000x0,q50=/https://ecentral.my/wp-content/uploads/2026/04/image-343-819x1024.png)
![Image from: Final Piala Malaysia 2026 [LIVE] JDT vs Kuching City FC](https://imgproxy.newswav.com/1000x0,q50=/https://ecentral.my/wp-content/uploads/2026/04/image-344-819x1024.png)
Untuk pembelian tiket online, anda boleh membuat pembelian melalui https://www.tickethotline.com.my pada tarikh [AKAN DIKEMASKINI].
LIVE Streaming Final Piala Malaysia 2025-2025: JDT vs Kuching FC
Anda boleh menyaksikan Perlawanan Akhir Piala Malaysia antara Johor Darul Ta’azim (JDT) menentang Kuching FC pada 23 Mei 2026 yang disiarkan secara langsung melalui platform rasmi penyiar Astro dan RTM.
- Astro Arena (CH 801/803/804) dan Astro Arena Bola
- Sooka
- Astro GO
- RTMKlik
- YouTube Astro Arena
Untuk memuat turun aplikasi Sooka, sila klik pautan rasmi di bawah:
- 📱 App Store: https://s.sooka.my/sbhAY8
- 📱 Play Store: https://s.sooka.my/9FClb7
Maklumat Lanjut
Untuk perkembangan terkini mengenai Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2025-2026 ini, sila ikuti laman sosial MFL berikut:
- Portal rasmi MFL
- Instagram MFL
- Facebook MFL
BACA JUGA: Piala Thomas 2026 [LIVE] – Jadual & Keputusan Terkini
Soalan Lazim Final Piala Malaysia 2025-2026
Bila perlawanan akhir Piala Malaysia 2025–2026 berlangsung?Perlawanan akhir Piala Malaysia 2025–2026 dijadual berlangsung pada Sabtu, 23 Mei 2026. Perlawanan akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Di manakah venue Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2025–2026?Venue rasmi Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2025–2026 adalah Stadium Nasional Bukit Jalil (TM Stadium Nasional), Kuala Lumpur.
Siapa yang layak ke final Piala Malaysia 2025–2026?Pertemuan akhir Piala Malaysia 2025–2026 mempertemukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan Kuching City FC.
Bagaimana format pertandingan di final?Final Piala Malaysia 2025–2026 berlangsung sebagai satu perlawanan tunggal (single leg) di Stadium Bukit Jalil. Jika perlawanan berakhir seri selepas 90 minit, perlawanan akan diteruskan ke masa tambahan, dan jika masih seri, keputusan akan ditentukan melalui penentuan penalti.
Di manakah boleh menonton siaran langsung final?Final Piala Malaysia 2025–2026 boleh ditonton melalui siaran langsung televisyen dan streaming tempatan, termasuk:
– Astro Arena
– Astro G
– Sooka
– RTM Sukan
– YouTube Astro Arena
