Telekom Malaysia Dilaporkan Sedang Berusaha Mendapatkan Hak Penyiaran Piala Dunia 2026

LocalFootball
24 Apr 2026 • 2:55 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Telekom Malaysia Dilaporkan Sedang Berusaha Mendapatkan Hak Penyiaran Piala Dunia 2026

Minggu lalu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengesahkan Malaysia masih belum mempunyai penyiar rasmi temasya bola sepak Piala Dunia 2026 di Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat yang akan berlangsung antara 11 Jun hingga 19 Julai depan.

Semalam, The Star melaporkan Telekom Malaysia (TM) sedang dalam usaha mendapatkan hak siaran Piala Dunia 2026 melalui platform Unifi TV. TM sedang berbincang dengan RTM untuk kemungkinan kerjasama memperoleh hak penyiaran secara bersama.

World Cup Piala Dunia

Sebelum ini muncul laporan FIFA meminta bayaran sekitar $50 juta (~RM 198 juta) untuk hak penyiaran Piala Dunia 2026 sebelum dikurangkan ke $35 juta (~RM 139 juta) yang masih terlalu tinggi dilihat masih lagi terlalu tinggi.

Penyiar kurang berminat mengambil hak penyiaran disebabkan jadual perlawanan yang berlangsung ketika waktu bekerja di Malaysia menyukarkan slot iklan dijual. Selain Malaysia, India dan Thailand juga dilaporkan turut menghadapi kesukaran memuktamadkan perjanjian hak siaran.

Apakah alternatif sekiranya benar Malaysia tidak mempunyai penyiar rasmi dalam tempoh 48 hari sahaja lagi sebelum bola pertama disepak. Dengan bola sepak adalah sukan popular di Malaysia, ramai pastinya tidak mahu ketinggalan melihat Ronaldo dan Messi beraksi untuk kali terakhir sebelum bersara.