“Final Year Project Ke Ni?” – Poster Official Filem Duyung Dikritik, Netizen Tolong Edit Yang Baru

LocalMovie
18 Dec 2025 • 10:52 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Buat peminat filem legend, Duyung yang dikeluarkan pada 2008 lalu, sudah tentu anda tidak sabar untuk menunggu tarikh tayangan filem sekuelnya iaitu Duyung: Legenda Aurora yang bakal ditayangkan 25 Disember nanti.

Kali ini, pelakon tempatan Anna Jobling pula akan ‘dijelmakan’ sebagai duyung iaitu anak kepada watak Puteri yang dilakonkan oleh Maya Karin. Filem ini juga membariskan pelakon hebat seperti Saiful Apek (Jimmy), Datuk Yusry KRU (Dr. Evo), Yasmin Hani (Aspalela), Yassin Senario (Oryx) dan lain-lain.

Walaupun ramai yang menanti-nantikan filem ini ditayangkan di panggung wayang, namun poster teaser promosi Duyung: Legenda Aurora yang baru sahaja dikeluarkan tidak disenangi ramai.

Primeworks Studios Kongsi Poster Rasmi Duyung: Legenda Aurora

Ini selepas syarikat penerbitan Primeworks Studios berkongsi poster rasmi filem Duyung: Legenda Aurora menerusi hantaran di laman Instagram dan juga Facebook pada 16 Disember lalu.

“Poster Rasmi Duyung: Legenda Aurora. Selepas 17 tahun, mereka masih bikin heboh!image is not available🪸Bersedia untuk filem hiburan hujung tahun ini, Duyung Legenda Aurora, di pawagam 25 Disember 2025,” kata pengendali akaun di ruangan kapsyen.

Poster itu menyaksikan Anna Jobling sebagai duyung sedang berenang di dasar laut yang dikelilingi karang berwarna-warni sambil memegang cengkerang di tangannya.

Netizen Hampa Lihat Poster Duyung: Legenda Aurora

Bagaimanapun, rata-rata netizen berpendapat bahawa kualiti poster tersebut adalah tidak memuaskan dan kurang realistik.

“Budak sekolah mana yang dia upah ni! Orang tengok pun terus down macam ni,” kata seorang lelaki.

“Final year project ke ni?” perli seorang warganet.

Malah sesetengah individu pula berpendapat hasil poster itu kelihatan ‘murah’ dan dihasilkan secara ala kadar.

“Astaghfirullah, ni bukan bajet kurang. Ni dah macam tak ada bajet,” ujar seorang pengguna Instagram.

“Weh bayar je la aku seringgit aku buatkan kalau macam ni,” kata seorang lelaki.

image is not available
image is not available
image is not available
image is not available
image is not available
image is not available
Sumber: Instagram

Netizen Tolong Edit Poster Duyung: Legenda Aurora Baharu

Isu mengenai kualiti poster ini turut dibangkitkan netizen di laman Threads. Oleh disebabkan tidak berkenan dengan poster yang lama, seorang wanita dikenali sebagai Adleenda telah berkongsi satu poster versi baharu yang dipercayai disunting olehnya.

Jika dibandingkan antara kedua-dua poster tersebut, kelihatan gambar yang baru itu lebih terang kerana cengkerang dan terumbu karang bercahaya seperti di alam fantasi. Bukan itu sahaja rambut Anna juga dilihat lebih beralun menunjukkan babak yang lebih realistik semasa berenang di dasar laut.

Selain itu, warna air laut ditukar menjadi lebih gelap bagi menonjolkan segala font (perkataan) yang terpapar pada poster. Memang cantik!

View on Threads

Pandangan Ramai Tentang Suntingan Poster Baharu Oleh Netizen

Seperti yang disangka, ramai netizen berpendapat bahawa gambar poster dikongsi Adleenda itu adalah jauh lebih baik. Meskipun ramai percaya wanita tersebut menggunakan AI (kecerdasan buatan), namun mereka berpuas hati dengan suntingan poster yang baru itu.

“Macam ala-ala Disney image is not available,” kata seorang wanita.

“Yang baru ni baru semangat sikit nak tengoknya,” ujar seorang gadis.

Ramai berkata penggunaan warna untuk poster yang baharu itu lebih menyerlah daripada yang sebelumnya.

“Cantik dan sangat jelas ya berbanding dengan yang pertama punya (poster rasmi),” tambah seorang lagi individu.

Berikut antara komen netizen di Threads:

image is not available
image is not available
image is not available
image is not available
image is not available
image is not available
Sumber: Threads