“Finally Dapat Jugak Merasa…” - Tom Menangis Sebak, Salah Satu Impian Terbesar Tom Dimakbulkan Tuhan

7 Oct 2023 • 8:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penyanyi dan juga bekas bintang Gegar Vaganza 9 (GV9), Tom mengumumkan bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi.
 
Berita itu dikongsi Tom dalam satu hantaran di IG story pada Jumaat.
 
Menurut Tom, dia berasa amat bersyukur kerana hasratnya untuk memiliki anak perempuan akhirnya tercapai.
 
“Ya Allah syukur Ya Allah. 90 peratus scan anak perempuan.
 
“Yeay dapat anak perempuan. Finally dapat juga merasa anak perempuan,” maklumnya.
image is not available
 
Lebih mengundang sebak apabila Tom mengalirkan air mata kerana sebak sebelum memeluk suaminya iaitu penyanyi, Fuad Rahman.
 
Sebelum berkongsi berita tersebut, Tom mengakui rasa gementar menanti keputusan imbasan jantina tersebut memandangkan ini merupakan peluang terakhir untuk memiliki anak perempuan.
 
“Gementar sangat-sangat… Dah ada tiga anak lelaki. Adakah aku dapat merasa nak ada anak perempuan dalam hidup aku.
 
“Ini anak terakhir… Tapi apa pun aku terima walaupun ditakdirkan anak lelaki lagi. Bismillah,” coretnya.
image is not available
 
Untun pengetahuan, Tom kin sarat hamil lima bulan.
 
Untuk rekod, Tom dan Fuad bernikah pada 26 Februari lalu di Batam, Indonesia.
 
Tom sebelum ini pernah berkahwin dan mempunyai tiga orang cahaya mata lelaki.
 
Manakala Fuad pula memiliki dua orang cahaya mata hasil perkahwinan pertama sebelum ini.
 
image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved