Finas santuni artis veteran Sabah

LocalEntertainment
17 Nov 2025 • 4:45 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TIMBALAN Menteri Komunikasi Teo Nie Ching menziarahi pelakon veteran Sabah, Ejin Dinting, 77, di Kampung Dato menerusi Program Ziarah Seni Madani Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Kunjungan itu sebahagian daripada komitmen berterusan kerajaan memastikan anak seni di Sabah termasuk artis uzur dan tidak lagi aktif terus diberi perhatian serta tidak tersisih daripada inisiatif kebajikan industri.

Menurut Teo setakat 15 November seramai 167 penerima menerima bantuan Ziarah Seni Madani melepasi sasaran awal 100 orang.

“Peningkatan ini menunjukan kesungguhan kerajaan menghargai jasa dan sumbangan karyawan seni. Seramai enam penerima adalah dari Sabah dan negeri ini sentiasa menjadi antara kawasan yang diberi perhatian.

“Program hari ini memberi peluang untuk saya menziarahi Ejin dan menyerahkan sedikit bakul makanan serta sumbangan kewangan bagi meringankan beban beliau,” katanya ketika ditemui pada program itu pada Sabtu.

Di samping itu beliau juga memaklumkan program berkenaan akan diteruskan tahun hadapan selaras dengan komitmen kerajaan menyantuni lebih ramai penggiat seni di seluruh negara.

“Program ini bukan bersifat one-off. Ia dimulakan sejak 2023 dan tahun ini kita dapat lihat peningkatan jumlah penerima,” ujar beliau.

Sementara itu Ejin melahirkan rasa terharu atas kunjungan dan sumbangan yang diterimanya.

“Terima kasih kerana datang melawat saya. Saya sangat terharu dan berharap lebih ramai artis veteran Sabah akan terus dibantu,” katanya.

Hadir sama Ketua Penolong Pengarah Sinergi Industri Finas Wan Noor Zazreena Wan Zaizodin dan Presiden Sabah Film & Visual Association (Safva) Chester Pang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved