Firdaus Wong Dedah Mesej Dengan Pelajar IPT Cemar Al-Quran

LocalPolitics
3 Mar 2026 • 4:49 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Sebelum ini, penceramah bebas Firdaus Wong Wai Hung tampil membuat pendedahan mengejutkan. Menurutnya, pemuda yang dikaitkan dengan insiden pijak Al-Quran itu sebenarnya seorang Muslim dan juga mualaf.

Menerusi hantaran di Threads, Firdaus Wong Wai Hung memaklumkan bahawa pemuda tersebut telah memeluk Islam pada 20 April tahun lalu. Difahamkan, dia menggunakan nama Muhammad Zain selepas mengucap syahadah.

Dia budak yang baik, sopan santun dan lembut tutur kata. Dia menghubungi saya di Instagram dan mesej bertalu-talu ‘insist’ dan kejar saya untuk mengislamkan dia.- Tulisnya.

Firdaus Wong kongsi mesej dia bersama pelajar terbabit

image is not available

Dalam pada itu, Firdaus turut dedah yang pelajar terbabit pernah menghubunginya pada 19 Jun 2024. Pelajar terbabit bertanyakan cara untuk dirinya kembali semula kepada Islam.

image is not available
image is not available

Firdaus Wong kongsikan 9 gambar perbualannya bersama pelajar terbabit dan korang boleh lihat semuanya di sini.

View this post on Instagram

A post shared by Firdaus Wong Wai Hung (@firdauswong)

Pssttt! Ohmedia harap korang jangan terlalu cepat menghukum sebelum tahu cerita penuh. Kadang-kadang apa yang kita nampak di media sosial tak semestinya gambaran sebenar keseluruhan situasi.

Kredit: Firdaus Wong
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post Firdaus Wong Dedah Mesej Dengan Pelajar IPT Cemar Al-Quran appeared first on Oh! Media.