Firma China Dilihat Mendahului Amerika Dari Segi Janaan Video Guna Kecerdasan Buatan

WorldTechnology
17 May 2026 • 9:11 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Firma China Dilihat Mendahului Amerika Dari Segi Janaan Video Guna Kecerdasan Buatan

Dalam arena kecerdasan buatan, dua negara yang bersaing secara aktif adalah China dan Amerika Syarikat. Pelbagai firma dari kedua-dua negara bersaing aktif secara satu sama lain, dan mengikut laporan, dalam arena penjanaan video berasaskan kecerdasan buatan, China mendahului yang lain.

Hal ini dilihat disebabkan kelebihan oleh ByteDance yang mempunyai pustaka video yang besar melalui pelbagai perkhidmatan dibawah mereka untuk tujuan melatih model AI. Google walaupun mempunyai pustaka YouTube, masih dilihat jauh dibelakang penawaran ByteDance dan yang lain di China.

Dua model yang sering diperkatakan dalam penjanaan video berasaskan AI adalah Kling (Kuaishou) dan juga Seedance 2.0 (ByteDance). Sejumlah pihak sedia menggunakan model ini dalam melakukan janaan video, penghasilan animasi, dan sebagainya.

Untuk makluman, sebelum ini OpenAI turut memilih untuk menamatkan penawaran penjanaan video mereka, Sora, disebabkan oleh kos yang tinggi, dan dilihat masih jauh dibelakang yang lain.