Syarikat kecerdasan buatan (AI) mengatakan chatbot mereka terbaik dan semua penduduk bumi perlu menggunakannya bagi memastikan masa depan yang cerah. Tetapi langganan yang ditawarkan masih terlalu mahal khususnya di negara-negara yang masih sedang membangun. Minggu ini, OpenAI mengumumkan mereka memberikan langganan ChatGPT Plus secara percuma selama setahun kepada penduduk Malta.

Ini kali pertama OpenAI menawarkan langganan percuma dengan ia mengikuti langkah yang diberikan oleh Google di India dan kerajaan Singapura kepada rakyat berusia 25 tahun ke atas. Menteri Ekonomi Malta, Silvio Schembri, menyatakan bahawa Malta mahu rakyatnya berada “di barisan hadapan perubahan global” dalam era digital.
Untuk menebus langganan percuma ini, rakyat Malta hanya perlu menyelesaikan kursus AI yang dibangunkan oleh University of Malta, merangkumi asas AI dan penggunaan bertanggungjawab di rumah atau tempat kerja serta memiliki akaun eID EU yang aktif.





