‘First job’ hantar dadah ke Pahang gagal

2 Oct 2026 • 2:26 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘First job’ hantar dadah ke Pahang gagal

KUANTAN – Cubaan kali pertama dua lelaki menjadi transporter (penyeludup) untuk menghantar dadah dari utara ke negeri ini berjaya dipatahkan selepas mereka ditahan dalam serbuan di sebuah inap desa di Maran Isnin lalu.

Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, suspek berusia 30 dan 44 tahun itu ditahan ketika memindahkan empat beg berisi dadah dari sebuah kenderaan kira-kira pukul 1.20 pagi.

“Hasil pemeriksaan terhadap empat beg berkenaan menemukan 56 bungkusan ganja yang dianggarkan seberat 58 kilogram bernilai RM174,000.

“Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula 28 September hingga 4 Oktober ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1) (a) akta sama selepas saringan awal air kencing mereka didapati positif methamphetamine,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, kegiatan suspek sebelum ini tertumpu di Lembah Klang dan ini kali pertama penghantaran di buat ke pantai timur khususnya ke Pahang.

Katanya, semakan mendapati kedua-dua suspek masing-masing memiliki tujuh dan lima rekod kesalahan lampau.

Sementara itu, Azry berkata, pihaknya melaksanakan Ops Hawk di seluruh negeri ini dari 28 hingga 30 September lalu bagi mengekang kes berkaitan dadah di negeri ini.

“Sepanjang operasi ini, seramai 365 individu ditahan atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah, termasuk 79 orang kerana disyaki membekalkan dadah, 90 kerana memiliki dadah dan 191 selepas saringan air kencing. Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas sepanjang operasi khas itu dianggarkan bernilai RM221,190,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

The post ‘First job’ hantar dadah ke Pahang gagal appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved