‘First Time’ Nak Naik Kapal Terbang? Ini Syarat Yang Patut Tahu Sebelum Naik Kapal Terbang

LocalTravel
19 Nov 2024 • 12:03 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Menjelang ke hujung tahun, sudah pasti ada yang sedang merancang untuk bercuti sama ada di dalam negara atau di luar negara.

Menerusi sebuah hantaran yang telah dibuat di aplikasi X, seorang individu telah berkongsi syarat yang perlu dipatuhi sekiranya ingin menaiki kapal terbang.

Syarat yang patut tahu sebelum naik kapal terbang.

1. Tripod tidak boleh dibawa naik ke kabin. Ia wajib di’check in’ ke dalam kargo. Jika tertangkap, tripod tersebut akan dibuang.

image is not available

2. Ubat-ubatan perlu dibawa naik ke kabin.

image is not available

3. Tiba di pintu perlepasan tepat pada waktunya. Pintu perlepasan akan tutup mengikut masa yang ditetapkan. Kebiasaannya, 20-30 minit sebelum waktu berlepas pintu perlepasan itu akan ditutup. Sebarang rayuan tidak akan dilayan sekiranya anda lewat.

image is not available

4. Powerbank boleh dibawa jika tidak melebih 100Wh (watt-jam) jika ingin dibawa naik ke kabin. Jika kapasiti melebihi 160Wh, ia memerlukan kebenaran dari syarikat penerbangan.

image is not available

 

5. Botol yang berisi air tidak dibenarkan dibawa naik ke kapal terbang.

image is not available

6. Bagasi yang dibenarkan untuk dibawa naik ke kabin hanyalah bersaiz 20 inci dengan berat 7kg sahaja. Jika bagasi anda melebihi 20 inci dan melebihi berat 7kg, perlu di’check in’ ke kargo.

image is not available

7. Anda dibenarkan untuk membawa satu beg saiz kuart (1 liter) berisi cecair, aerosol, gel, krim dan pes dalam beg tangan anda dan melalui pemeriksaan keselamatan. Barang-barang ini terhad kepada bekas saiz perjalanan yang mempunyai isipadu 3.4 auns (100 mililiter) atau kurang bagi setiap item. Barang ini perlu diletakkan di dalam bag khas kerana cecair tersebut berkemungkinan akan terkeluar dan terkena baju.

image is not available

8. Peralatan elektronik yang menggunakan bateri seperti headphone, powerbank dan komputer riba perlu dibawa naik ke kabin.

image is not available

image is not available 1 day ago

Nak Pergi Bercuti Naik Kapal Terbang? Ini Syarat Yang Perlu Dipatuhi Kalau Nak Bawa Bagasi Naik Kabin