Bergambar dengan lelaki sado, Shuhada Shukri dah jumpa pengganti?

LocalEntertainment
19 Nov 2024 • 10:27 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Bekas isteri pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Shuhada Shukri menjadi bualan hangat ramai apabila bergambar dengan lelaki bertubuh sasa ketika menyertai konsert di Australia, baru-baru ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Shuhada atau nama lengkapnya Nurul Shuhada Mat Shukri di laman Instagramnya, dia berkongsi beberapa foto termasuklah bersama seorang jejaka yang dikaburi bahagian wajahnya.

Bergambar dengan lelaki

Instagram will load in the frontend.

Dalam perkongsian itu, ibu tunggal kepada dua cahaya mata tersebut meluahkan rasa gembira kerana dapat menikmati kehidupannya di Australia.

“Puas menikmati kehidupan, konsert pertama di Australia bersama kumpulan Twenty One Pilots.

“Cintailah diri anda dahulu,” ujarnya ringkas di ruangan kapsyen.

Bergambar dengan lelaki

image is not available

Shuhada dah jumpa pengganti!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mula berteka teki siapakah gerangan lelaki tersebut yang didakwa sudah berjaya mencuri hati Shuhada.

image is not available

image is not available

Netizen teruja!

Dalam pada itu, ada juga segelintir individu tumpang seronok apabila melihat Shuhada kini menjalani kehidupannya lebih baik berbanding sebelum ini.

image is not available

Sekadar info, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata. Bagaimanapun, mereka telah berpisah 27 Julai 2023.

Sumber: Instagram @Shushukriii