“First time nampak depan mata” – [VIDEO] Lelaki Campak ‘Benda’ Depan Premis, Dakwa Buat Perkara Khurafat

Entertainment
17 Oct 2023 • 1:00 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Salah satu ancaman dalam melakukan perniagaan orang kita adalah sifat hasad dengki pesaing yang sampai ke tahap sanggup melakukan perkara khurafat dan syirik untuk menjatuhkan kita.

Banyak kali kita menyaksikan akan ada benda-benda aneh di tempat perniagaan didedahkan menerusi media sosial, namun kali ni, Danial Iskandar menunjukkan kelakuan pelaku sedang melakukan perkara khurafat itu.

Dalam yang berdurasi 47 saat, itu menunjukkan seorang lelaki berseluar pendek sedang tunduk meletakkan sesuatu di hadapan premis sebelum melemparkannya ke dalam.

Rakaman itu kemudiannya menunjukkan keadaan di hadapan premisnya dan keadaan di luar pagar. Menerusi rakaman tersebut, ia dilihat seakan-akan sesuatu bahan pepejal yang berwarna coklat.

@d4niaal

– 14/10/2023 – First time seumur hidup aku , nampak orang buat benda benda syirik depan mata . Memang kalini allah nak tunjukkan terang terangan . Insyallah Aku & Keluarga akan terus kuat lawan benda benda syirik gini ! Untuk orang yang hantar benda Khurafat ni Semoga terus istiqamah . Kita hanya mampu berdoa , tawakal & berserah kepada ALLAH S.W.T . #KEEPFIGHTINGFORDRS

♬ Astaghfirullah (Robbal Baroya) – Islamic Qasidah

Menurut Danial, ini adalah pertama kali dalam hidupnya melihat kejadian ini berlaku di depan mata menimpa dirinya.

“First time seumur hidup aku, nampak orang buat benda benda syirik depan mata. Memang kalini Allah nak tunjukkan terang terangan. Insyallah Aku & Keluarga akan terus kuat lawan benda benda syirik gini!”

“Untuk orang yang hantar benda Khurafat ni semoga terus istiqamah. Kita hanya mampu berdoa, tawakal & berserah kepada ALLAH S.W.T.”

Menjengah ke ruangan komen, ada netizen dakwa bahan yang dilemparkan itu adalah tanah kubur, dan ia tidak memberikan apa-apa. Bahkan, Danial menyokong dakwaan tu dengan menyatakan bahawa mereka sudah berjumpa dengan ustaz dan mendoakan pelaku agar bertaubat.

Sumber : TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.