Fitnah Agong: Chegubard dijel 4 bulan

LocalPolitics
28 Oct 2026 • 3:12 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Fitnah Agong: Chegubard dijel 4 bulan

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara empat bulan terhadap aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan fitnah yang boleh menjejaskan nama baik Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Hakim Norma Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap Badrul Hisham, 46, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Mahkamah turut mengarahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh jatuh hukum pada hari ini.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan bekas Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Port Dickson itu
untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman pemenjaraan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tingg.

Namun jumlah jaminan dinaikkan sebanyak RM5,000 enjadikan jaminan keseluruhan sebanyak RM15,000.

Dalam prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nursyuhada Husna Sulaiman manakala tertuduh diwakili peguam Muhammad Rafique Rashid Ali.

Pada 29 April 2024, Badrul Hisham didakwa telah mengeluarkan kenyataan fitnah, dengan ada sebab untuk mempercayai bahawa kenyataan fitnah itu akan merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara di sini pukul 6 petang pada 22 Januari 2024, mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan pemenjaraan maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

The post Fitnah Agong: Chegubard dijel 4 bulan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved