Chegubard dipenjara empat bulan atas kenyataan fitnah

LocalPolitics
28 Oct 2026 • 3:23 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: Chegubard dipenjara empat bulan atas kenyataan fitnah

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Bersatu Bahagian Port Dickson Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard dihukum penjara empat bulan atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan fitnah yang boleh menjejaskan nama baik Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Hakim Norma Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap Chegubard, 48, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Mahkamah mengarahkan hukuman penjara bermula hari ini.

Bagaimanapun, hakim membenarkan permohonan Badrul Hisham untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi dan menaikkan jaminan sebanyak RM5,000, menjadikan jumlah jaminan RM15,000.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nursyuhada Husna Sulaiman manakala Badrul Hisham diwakili peguam Muhammad Rafique Rashid Ali, lapor Bernama.

Pada 24 Jun, Hakim Mahkamah Tinggi Noor Ruwena Md Nurdin memerintahkan Badrul Hisham membela diri atas pertuduhan itu selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang melepas dan membebaskan aktivis itu di akhir kes pendakwaan.

Mahkamah Sesyen membuat keputusan itu pada 4 Nov tahun lepas selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap lelaki tersebut.

Pada 29 April 2024, aktivis politik itu didakwa telah mengeluarkan kenyataan fitnah, dengan ada sebab untuk mempercayai bahawa kenyataan fitnah itu akan merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara di sini pada 6 petang 22 Jan 2024 dan pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - 28 Oktober, 2026

The post Chegubard dipenjara empat bulan atas kenyataan fitnah appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved