“Fitnah ini berat” – YB Fadhlina Sidek Nafi Tak Buat Apa-apa Isu Kes Adik Zara Qairina

Entertainment
30 Jul 2025 • 4:04 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak kebelakangan ini, kecoh berkenaan kes kematian pelajar tingkatan satu Zara Qairina Mahathir yang dikaitkan dengan kejadian buli.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek baru-baru ini menepis dakwaan netizen yang mengatakan beliau dan kementeriannya tidak berbuat apa-apa susulan kes tersebut.

Menurutnya, fitnah berat itu sedang berleluasa ketika ini, sekali gus menggesa semua pihak berhenti menyebarkannya tanpa usul periksa.

Malah, dalam hantarannya di Facebook, Kementerian Pendidikan (KPM) tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap penularan berita tidak sahih dan fitnah berhubung kes itu bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan seluruh warga pendidikan.

“Pada 18 Julai 2025, saya keluarkan kenyataan berkenaan kejadian ini dan menyatakan komitmen Kementerian untuk bekerjasama dalam siasatan yang dijalankan oleh pihak polis.

Saya juga meneliti laporan harian dan memantau secara dekat kes itu serta memastikan JPN Sabah memberi bantuan terbaik kepada keluarga,” tulisnya.

Dalam hantaran itu juga, Fadhlina menegaskan kes kematian adik Zara Qairina itu adalah tumpuan utama KPM buat masa ini.

Dalam pada itu, beliau juga berkata pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap penularan berita tidak sahih dan fitnah bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan seluruh warga pendidikan.

Sumber: Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.