“Fitnah Macam-Macam, Melagakan Keluarga Kita…” – Puteri Sarah Dakwa Ada Pihak Cuba Porak-Perandakan Keluarga

LocalEntertainment
23 Dec 2024 • 10:14 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana mendakwa ada pihak yang cuba untuk merosakkan hubungan keluarganya.

Pelakon itu berkongsi perkara tersebut menerusi Instagram Storynya.

Menurut Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, pihak tersebut didakwa melemparkan fitnah yang dipercayai bertujuan untuk menjejaskan hubungannya bersama keluarga bekas suaminya, Syamsul Yusof.

Mama, papa, rasanya ada manusia nak porak-perandakan keluarga kita dengan fitnah macam-macam.

 

Nak melagakan satu keluarga pula.

image is not available

Walau bagaimanapun, pelakon itu tidak mendedahkan dengan lebih terperinci mengenai pihak berkenaan.

Menjengah ke Instagram milik ibu kepada bekas suaminya iaitu Datin Patimah Ismail, dia turut mengulang siar (repost) hantaran tersebut dan membuat satu lagi hantaran menitipkan doa buat Puteri Sarah.

Tabahkan diri menghadapi ujian. Semoga Allah beri kekuatan dan kebahagiaan untuknya bersama anak-anak.

image is not available

Sekadar info tambahan, Puteri Sarah pernah mendirikan rumah tangga bersama Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 namun pasangan itu bercerai talak satu pada 14 Jun 2023.

image is not available 3 weeks ago

“Takutlah, Nanti Jadi Yang Ke-22” - Puteri Sarah Jawab Pertanyaan Netizen Untuk Berlakon Dengan Jefri Nichol

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved