Fitnah makan babi: Senator, pengawal peribadi buat laporan polis

LocalPolitics
27 Sep 2024 • 2:07 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Hamzah (kanan) pada sidang media di IPD Seberang Perai Selatan pada Jumaat. Foto Bernama

NIBONG TEBAL - Polis menerima dua laporan daripada seorang Senator dan pengawal peribadinya berhubung dakwaan kenyataan hasutan yang dibuat oleh seorang individu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, Ahli Dewan Negara berusia 38 tahun itu membuat laporan pada jam 8.31 malam Khamis selepas menerima panggilan telefon daripada individu yang tidak dikenali.

Menurutnya, berdasarkan daripada laporan tersebut, individu tersebut bertanyakan Senator berkenaan sama ada benar pengawal peribadinya telah membuat laporan terhadapnya kerana memaksa pengawal peribadinya itu memakan daging babi.

"Dakwaan tersebut telah dinafikan oleh Senator terbabit lalu membuat satu laporan polis.

"Selain beliau, pengawal peribadinya juga telah membuat laporan polis bagi menafikan tuduhan tidak benar itu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan di sini pada Jumaat.

Hamzah berkata, hasil semakan, polis mendapati tiada sebarang laporan yang dibuat berhubung isu tersebut di seluruh negara.

"Kami akan memohon perintah siasatan daripada Timbalan Pendakwa Raya untuk menjalankan siasatan lanjut

"Kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved