“Fitnah? The Truth Will Prevail” – Puteri Sarah Bidas Kenyataan Syamsul Yusof

22 Dec 2022 • 10:49 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Kecoh mengenai kemelut rumah tangga pasangan selebriti Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana selepas timbulnya dakwaan yang mengatakan Syamsul sudah pun bernikah senyap-senyap dengan orang ketiga, Ira Kazar.

Tidak berdiam diri, pengarah filem Mat Kilau itu tampil mendedahkan bahawa dia akan mengambil tindakan terhadap pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan menyaman sebanyak RM10 juta atas dakwaan dan penyebaran berita yang mengatakan dirinya sudah pun berkahwin dengan Ira.

image is not available

Puteri Sarah minta Syamsul mengaku sudah berkahwin

Terbaru, Puteri Sarah pula menimbulkan tanda tanya selepas memuat naik beberapa hantaran di Insta Storynya yang meminta suaminya itu untuk mengaku bahawa sudah berkahwin satu lagi. Mana satu yang betul ni?

image is not available

Puteri Sarah juga meminta Syamsul untuk jujur dan mendedahkan mengenai perkara baik ini supaya dapat mengelakkan daripada timbulnya fitnah serta prasangka buruk keluarga terhadap pengarah tersohor itu.

image is not available

Puteri Sarah juga seakan menafikan kenyataan Syamsul yang mengatakan bahawa berita mengenai perkahwinannya itu merupakan satu fitnah.

image is not available

Ah sudah, ni mana satu yang betul ni? Diharapkan agar isu ini dapat diselesaikan dengan baik dan segera lah ya? Sama-sama kita doakan yang terbaik.

Kredit: Instagram Syamsul Yusof | Instagram Puteri Sarah Liyana

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media