FitSURE: Bantu Ibu Bapa Pilih Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak

LocalFamily & Parenting
20 Mar 2025 • 3:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) memperkenalkan FitSURE yang membantu golongan ibu bapa dalam memilih kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) yang sesuai.

FitSURE merupakan program penilaian kebolehpasangan CRS pada pelbagai model kenderaan bagi memastikan pemasangan yang tepat dan selamat, sekaligus mengurangkan risiko kecederaan dalam kemalangan.

Malah, kajian menunjukkan bahawa pemasangan CRS yang tidak sesuai boleh meningkatkan risiko kecederaan dalam kemalangan.

Walaupun terdapat pelbagai jenis CRS di pasaran, tidak semua CRS boleh dipasang dengan sempurna pada setiap model kereta.

Namun FitSURE dapat mengatasi isu ini dengan menyediakan maklumat yang jelas dan berpandukan penilaian pemasangan yang teliti serta menyeluruh.

image is not available

Sementara itu, Ketua Pengarah MIROS, Prof. Madya Ts. Dr. Siti Zaharah Binti Ishak, berkata, “FitSURE merupakan satu inisiatif penting dalam memastikan setiap CRS dipasang dengan betul dan sesuai mengikut model kenderaan tertentu.

“Melalui penilaian ini, ibu bapa dapat membuat keputusan yang lebih tepat dalam memilih CRS yang terbaik bagi menjamin keselamatan anak-anak mereka ketika berada di dalam kenderaan,” katanya.

image is not available

Setakat ini, enam model kenderaan telah dinilai, termasuk Perodua Alza, Perodua Myvi, Proton Saga, Toyota Vios, Toyota Veloz, dan Honda City.

image is not available

Tambah beliau, pihaknya mengalu-alukan penyertaan daripada pengeluar kenderaan dan pengedar CRS yang berminat agar lebih banyak model dapat dinilai.

“Langkah ini sebenarnya dapat memberi manfaat yang lebih luas kepada pengguna,” ujarnya.