Fitters Diversified terima kontrak RM21.5 juta di Kapar untuk pembinaan perkhidmatan perlindungan kebakaran

Business & Finance
27 Jun 2023 • 9:57 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Fitters Diversified terima kontrak RM21.5 juta di Kapar untuk pembinaan perkhidmatan perlindungan kebakaran

diyana

27/06/2023 - 09:57

KUALA LUMPUR 27 Jun - Fitters Diversified Bhd telah menerima kontrak pembinaan perkhidmatan perlindungan kebakaran bernilai RM21.5 juta di Kapar, Klang.

Kontrak tersebut diperoleh melalui anak syarikatnya, Fitters Engineering Services Sdn Bhd daripada Syarikat Pembenaan Yeoh Tiong Lay Sdn Bhd, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam.

Menurut kumpulan itu, kontrak tersebut melibatkan pembinaan, pembekalan, penghantaran, pemasangan, penyiapan, pengujian, pentauliahan dan penyerahan perkhidmatan perlindungan kebakaran.

Kumpulan itu berkata projek yang dijangka siap pada 13 Mei 2024 itu akan menyumbang secara positif kepada pendapatan masa depannya.

Fitters Diversified adalah syarikat yang terlibat dalam perkhidmatan bomba, pembangunan dan pembinaan hartanah, serta tenaga boleh diperbaharui dan sisa-kepada-tenaga.

Kumpulan itu telah mencatat kerugian tiga suku berturut-turut, di mana pada suku keempat berakhir 31 Mac 2023 kerugian bersihnya melebar kepada RM27.2 juta daripada RM4.41 juta pada suku yang sama tahun lepas, terutamanya disebabkan oleh kerugian pelupusan pelaburan sebut harga sebanyak RM26.3 juta.

Sementara itu, pendapatan kumpulan pada suku tersebut berkurangan kepada RM93.28 juta daripada RM94.62 juta.

Pada pukul 9:55 pagi ini, saham Fitters Diversified menokok 0.5 sen atau 12.5% kepada 4.5 sen, menilainya pada RM111.7 juta. - DagangNews.com