Fizi Ali timang anak perempuan, isteri bertarung nyawa 6 jam bersalin normal

Entertainment
3 Jul 2024 • 8:50 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Penyampai radio Hot FM, Fizi Ali timang anak perempuan apabila isterinya, Siti Zulaikha bersalin secara normal siang tadi.

Menerusi posting yang dibuat oleh Fizi Ali atau nama sebenarnya, Mohd Hafizudin bin Alimudin, 37 isterinya telah bertarung nyawa selama enam jam bagi melahirkan zuriat mereka.

image is not available

Fizi Ali timang anak perempuan, luah syukur atas kurniaan Allah

Susulan daripada itu, Fizi telah mengungkap rasa syukur diatas kurniaan yang tidak terhingga daripada Allah S.W.T apabila menghadirkan seorang lagi cahaya mata perempuan untuknya.

Dia juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan agar urusan isterinya bersalin dipermudah serta anak yang dilahirkan dalam keadaan sihat.

image is not available

Fizi Ali timang anak perempuan, rata-rata ucapkan tahniah

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengucapkan tahniah kepada Fizi serta Zulaikha diatas kehadiran ahli keluarga baru dalam kehidupan mereka.

Warganet juga mengucapkan selamat berpantang kepada isteri selebriti itu dan mendoakan supaya mereka dalam keadaan sihat sejahtera.

image is not available

 

Selamat berpantang buat isteri

image is not available

Daddy jadi king la semua perempuan

image is not available

Syukur dapat anak perempuan lagi

image is not available

 

Sekadar info, penyampai radio berkenaan telah mendirikan rumah tangga dengan Siti Zulaikha pada 23 Oktober 2023.

Dia juga pernah berkahwin dengan pelakon, Shakilla Khoriri pada Februari 2018 sebelum berpisah pada Disember 2021.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ameena Sofia yang kini berusia 5 tahun.

Sumber: Instagram Fizi Ali