Tahniah! Isteri Fizi Ali Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

EntertainmentFamily & Parenting
4 Jul 2024 • 7:49 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Isteri Fizi Ali selamat melahirkan cahaya mata

Isteri kepada penyampai radio, Fizi Ali iaitu Siti Zulaikha akhirnya selamat melahirkan seorang bayi perempuan semalam. Alhamdulillah, tahniah!

Menurut laporan Harian Metro, Fizi juga meluahkan rasa syukur apabila proses bersalin isterinya itu dipermudahkan untuk melahirkan cahaya mata mereka.

Syukur Alhamdulillah, terima kasih semua yang doakan kami sekeluarga. Mama sudah selamat lahirkan bayi perempuan.

Kuat mama tadi, hampir enam jam bertarung untuk bersalin normal. Jadi sekarang bertambah seorang lagi perempuan dalam hidup ‘daddy’.

Bukan tu jer, penyampai radio itu juga berterima kasih kepada isterinya itu kerana sudah bertarung nyawa untuk melahirkan anak mereka.

Terima kasih sayang bertarung nyawa untuk anak kita. Saya tahu awak kuat.

Untuk info, Fizi dan Siti Zulaikha telah mendirikan rumah tangga pada 23 Oktober tahun lepas. Zulaikha juga ada seorang anak perempuan hasil perkahwinan sebelum ini.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.