Fizikal Disindir, Ina Naim ‘Sound’ Netizen – “Biarlah Mulut Senget, Asalkan Sentiasa Berzikir Ingat Tuhan”

11 Jun 2025 • 3:51 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Ina Naim kembali menjadi perhatian selepas tampil memberi respons tegas terhadap komen negatif mengenai fizikalnya yang ditinggalkan oleh seorang individu.

Dalam sesi siaran langsung baru-baru ini, Ina, atau nama sebenarnya Nordiana Mohd Naim, tidak berdiam diri apabila netizen mempersoalkan bentuk mulutnya. Sebaliknya, dia mempertahankan diri dengan tenang dan jelas.

image is not available

Menurut Ina, dia menerima setiap anugerah yang diberikan oleh Allah SWT, walaupun mungkin dianggap tidak sempurna oleh pandangan sesetengah pihak.

Memang mulut saya senget, kenapa ada masalah? Biarlah mulut senget tak mengapa asalkan mulut sentiasa berzikir ingat Tuhan.

 

Mulut saya senget bukan sebab saya pergi cucuk, ini Allah yang bagi. Yang penting mulut senget inilah saya harapkan Allah terima segala amalan-amalan yang baik.

 

Kalaulah saya sempurna, mungkin saya akan jadi sombong. Sebab itu Allah jadikan kita ada kelemahan.

Walau bagaimanapun, Ina tetap memaafkan individu tersebut dengan menasihatinya agar tidak menghina kejadian Allah SWT.

Saya maafkan dia, tapi saya nak bagi sedikit nasihat kepadanya. Terimalah apa yang Allah bagi nanti di sana (syurga) mintakan segala kecantikan.

 

Dekat dunia jangan hina orang, bersyukur dengan apa yang Allah bagi. Lainlah kalau dia ubah kejadian Tuhan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Ina yang bijak dalam membalas komen-komen negatif yang dilemparkan oleh orang ramai.

image is not available

image is not available

image is not available

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

image is not available 2 weeks ago

Ina Naim Sifatkan Neelofa Contoh Wanita Solehah - "Sebab Dia Buat Kerana Allah, Rezeki Dia Melimpah Ruah.."