Fizikal Nampak Kurus, Netizen Terkejut Dengan Penampilan Terbaru Syamsul Yusof?

Entertainment
21 Nov 2023 • 3:25 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pelbagai cerita dan kontroversi yang membelenggu kehidupan rumah tangga pengarah ‘pecah panggung’, meskipun begitu, Syamsul Yusof masih mendiamkan diri berkenaan khabar angin tersebut.

Pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu sebelum ini telah pun bercerai dengan pelakon Puteri Sarah dan kini merupakan suami kepada Ira Kazar yang juga anak kepada pelakon terkenal Kazar Saisi.

Terbaru, dalam sebuah perkongsian di TikTok, ramai netizen yang terkejut dengan fizikal terbaru pengarah yang berusia 39 tahun itu.

Perkongsian oleh pengguna TikTok @zarriellrayyan2 itu memaparkan Syamsul Yusof kini berambut pendek dan bergambar dengan seorang kanak-kanak lelaki dengan memakai kain pelikat sambil membuat pose mengangkat jari telunjuk.

“Kenapa macam makin kurus?”

Bagaimanapun, ramai yang menyedari keadaan fizikal anak kepada pengarah dan pelakon tersohor Datuk Yusof Haslam itu semakin kurus dan kelihatan agak tidak bermaya.

image is not available

Pun begitu, ramai juga netizen yang mendoakan agar Syamsul Yusof sentiasa sihat dan bahagia selalu.

Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan sudah pun menerima lebih 100 komen serta hampir 300K tontonan.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.