Fiziwoo Pula Dedah Kolar Kurta, Motif Sampin Diciplak Jenama Baju Melayu Tempatan? - "Apabila Perniagaan Menggunakan Ketuhanan Sebagai Tagline Tapi ..."

26 Mar 2025 • 7:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pereka fesyen Fiziwoo tampil mendedahkan tindakan sebuah jenama baju Melayu tempatan turut memplagiat rekaan kolar kurta miliknya yang pernah dikeluarkan pada tahun 2023.

Jelas Fiziwoo menerusi hantaran di Thread, pihaknya sudah lama berdiam diri sehingga isu plagiarisme menjadi topik hangat baru-baru ini.

"Apabila perniagaan menggunakan ketuhanan sebagai tagline tetapi hasil datang daripada sumber yang tidak berkat… 

"Dah lama saya diam tak mahu memanjangkan isu, tapi itulah sepandai pandai tupai melompat melincah, ada hari dia akan tergelincah ke lantai jua," tulisnya.

image is not available

Fiziwoo turut memuatnaik beberapa foto pakaian rekaannya bersama dengan perbandingan rekaan kolar seakan-akan sama yang dikeluarkan oleh jenama baju Melayu berkenaan.

image is not available

Selain kolar baju, Fiziwoo turut berkongsi motif rekaan sampin yang juga seakan-akan sama dengan produk yang pernah dikeluarkan sebelum ini.

Terdahulu, usahawan dan pempengaruh Tyra Kamaruzzaman, meluahkan rasa kecewa apabila rekaan samping suaminya, Emran Rijal, didakwa telah diciplak oleh seorang usahawan Baju Melayu.

Tyra menjelaskan bahawa corak tersebut merupakan hasil tangan turun-temurun keluarganya dan telah digunakan dalam perkahwinannya. 

Difahamkan pihaknya telah menghubungi usahawan tersebut sejak beberapa bulan lalu, namun hanya menerima pelbagai alasan tanpa penyelesaian. 



Bagaimanapun, Elrah Exclusive menerusi hantaran pemiliknya, El Azman tampil mempertahankan diri dan menjelaskan mengenai dakwaan plagiat terbabit yang sama sekali tidak tepat.