Fizz Fairuz mahu hantar anak masuk tadika tahfiz – “Bekalan mereka di kemudian hari..”

LocalFamily & Parenting
27 Feb 2025 • 11:48 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Datuk Fizz Fairuz mahu hantar anak-anaknya ke sebuah tadika tahfiz di Pahang bagi mendalami ilmu agama dengan lebih mendalam.

Menurut laporan mStar, Fizz atau nama sebenarnya Fairuz Zainal Abidin meluahkan rasa teruja apabila mengetahui wujudnya pusat pembelajaran yang menyediakan pengajian al-Quran di peringkat pra-sekolah.

Fizz Fairuz mahu hantar

image is not available

“Apabila dapat tahu kewujudan pra-sekolah seperti itu, sudah tentu saya teruja memandangkan jarang sekali ada sebuah tadika memberikan tumpuan hafazan al-Quran untuk kanak-kanak,” katanya.

Tambah pelakon filem Mat Tudung itu lagi, usaha yang dilakukan adalah sebagai persiapan dan bekalan buat anak-anaknya di akhirat kelak.

Malah, Fizz turut menyeru kepada penduduk yang tinggal di sekitar tersebut untuk mengambil peluang menghantar cahaya mata masing-masing ke pengajian itu.

Fizz Fairuz mahu hantar

image is not available

“Rasanya ibu bapa di Pahang dan kawasan sekitar boleh mempertimbangkan untuk menghantar anak-anak ke sana.

“Setidak-tidaknya ini akan jadi bekalan mereka di kemudian hari,” jelasnya.

Dalam pada itu, suami kepada pelakon Datin Almy Nadia tersebut turut akui bukan mudah untuk membesarkan lima orang anaknya pada zaman yang serba mencabar ini.

image is not available

“Sekarang semuanya sudah di hujung jari dan mereka lebih mudah meneroka apa sahaja yang dimahukan.

“Saya sendiri masih memantau aktiviti anak-anak jika berada diri rumah.

“Apa yang mereka lihat dan apa yang mereka tonton juga perlu diketahui. Kalau ada yang tak betul kita boleh tegur,” ujarnya.

image is not available

Sekadar info, Fizz berkahwin dengan Almy Nadia pada 26 April 2014 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata.

Mereka turut mempunyai seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, yang kini berusia 16 tahun.

Sumber: mStar