Fizz Fairuz Tertarik Hantar Anak Ke Sekolah Tahfiz - "Saya Gembira Jika Ada Zuriat Saya Bakal Menjadi Penghafal Al-Quran"

26 Feb 2025 • 5:20 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Melihat cabaran mendidik anak-anak dalam era digital, Datuk Fizz Fairuz mengakui ibu bapa kini perlu lebih peka dengan persekitaran yang berubah seiring dengan kemajuan teknologi.

Menurut Fizz, kanak-kanak masa kini lebih terdedah kepada gajet dan internet, berbeza dengan zaman dahulu yang lebih terkawal.



“Memang besar perbezaan anak-anak zaman sekarang dengan zaman saya dahulu. Sekarang semuanya sudah di hujung jari dan mereka lebih mudah meneroka apa sahaja yang dimahukan.



"Saya sendiri masih memantau aktiviti anak-anak di rumah. Apa yang mereka lihat dan tonton juga perlu diketahui. Kalau ada yang tak betul, kita boleh tegur,” jelasnya.



Fizz juga menekankan kepentingan pendidikan awal kanak-kanak dalam membentuk jati diri sebelum mereka membesar dan berdikari.

Baginya, asas agama perlu diterapkan sejak kecil kerana ia menjadi benteng kehidupan anak-anak di masa hadapan.



“Saya gembira sekiranya ada antara anak-anak saya yang bakal menjadi penghafal Al-Quran pada masa hadapan," ujarnya.

Teruja dengan Tadika Tahfiz Negeri Pahang

Fizz turut berkongsi keterujaannya apabila mengetahui kewujudan sekolah tahfiz yang memberi tumpuan kepada anak-anak pra-sekolah di Pahang.



“Bila dapat tahu sahaja kewujudan pusat pra-sekolah seperti itu, sudah tentu saya teruja memandangkan jarang sekali adanya pusat pengajian yang memberi tumpuan kepada hafazan Al-Quran untuk kanak-kanak.



"Rasanya ibu bapa di Pahang dan kawasan sekitar boleh mempertimbangkan untuk menghantar anak-anak ke sana. Setidaknya ini akan jadi bekalan mereka di kemudian hari," tambahnya.



image is not available


image is not available



Sebagai info, Fizz Fairuz dan Almy Nadia mendirikan rumah tangga pada 2014 dan dikurniakan lima cahaya mata iaitu Nur Afrina Arianna, 10; Nur Afrina Aurora, 9; Nur Afrina Ayra, 7; Nur Afrina Aisyah, 4; dan Nur Afrina Alisya, 5 bulan.