Flat Rohingya Sudah Tiada, Kerja Pembersihan Kini Giat Dilaksanakan

3 Jul 2026 • 7:20 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Binaan yang tular dikenali sebagai ‘Flat Rohingya’ di Kampung Sungai Makau, berhampiran Sungai Tekali dekat Hulu Selangor dilaporkan telah diratakan sepenuhnya.

Proses pembersihan binaan sedang dibuat

Memetik laporan daripada Harian Metro, tinjauan di lokasi mendapati kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan oleh pemilik tanah, termasuk di kawasan penempatan haram di belakang bangunan berkenaan.

Proses membersihkan sisa binaan dijangka mengambil masa beberapa minggu mengikut prosedur yang ditetapkan.

Image from: Flat Rohingya Sudah Tiada, Kerja Pembersihan Kini Giat Dilaksanakan

Pada masa sama, tinjauan di sekitar kampung mendapati tiada kelibat warga asing, khususnya etnik Rohingya, seperti yang sering dilihat sebelum ini.

Malah, beberapa lokasi yang didakwa menjadi penempatan mereka juga kelihatan lengang tanpa sebarang aktiviti.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Rahim menyatakan kehadiran kumpulan pelarian itu semakin ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan berharap isu berkenaan dapat ditangani dengan lebih berkesan.

“Bagus usir mereka, bukan apa sebab bila sudah terlalu ramai macam-macam perangai. Paling saya tidak suka perangai pengotor, kadang-kadang itu selamba dia makan sirih dan ludah merata-rata.
“Tetapi masalah ini salah orang kita juga lah, mereka yang bagi sewa. Kalau orang tempatan kita tidak bagi sewa rumah tak adalah mereka ramai dekat sini,” katanya.

Image from: Flat Rohingya Sudah Tiada, Kerja Pembersihan Kini Giat Dilaksanakan

Difahamkan, sebelum ini kumpulan warga asing terbabit sering dilihat mengumpul besi buruk di sekitar kawasan berkenaan, namun sejak isu itu menjadi perhatian umum, pergerakan mereka dilaporkan semakin berkurangan.

Sumber: Harian Metro (Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil)

The post Flat Rohingya Sudah Tiada, Kerja Pembersihan Kini Giat Dilaksanakan appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved