Flat Sungai Pari bakal diroboh, pemaju telah dilantik

29 Jul 2026 • 7:36 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Flat Sungai Pari bakal diroboh, pemaju telah dilantik

IPOH – Flat Sungai Pari di Buntong di sini yang terbiar selama ini akan dirobohkan sebagai sebahagian daripada pelan pembangunan semula kawasan berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP), Zaiteena Wan Nasir berkata, pemaju bagi kerja perobohan flat setinggi 15 tingkat itu telahpun dibuat.

Selari dengan pelantikan berkenaan, beliau berkata, pelaksanaan projek termasuk kerja merobohkan bangunan sedia ada tersebut akan ditentukan oleh pihak pemaju.

“Pemaju akan melantik, sama ada mereka mahu merobohkan sendiri atau menyerahkan kepada pihak lain.

“Perancangan pembangunan itu melibatkan perobohan sebahagian besar bangunan termasuk blok 15 tingkat,” katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Program Aspirasi Hartanah Bumiputera Negeri Perak 2026 di Pusat Konvensyen Casuarina@Meru di sini hari ini.

Media semalam melaporkan, Pertubuhan Peniaga-Peniaga India Negeri Perak menawarkan untuk melaksanakan kerja merobohkan bangunan itu secara percuma sebagai langkah segera mengatasi risiko keselamatan.

Presidennya, K. Hari Krishnan berkata, tawaran itu merangkumi kerja meroboh, pembersihan sisa runtuhan serta meratakan kawasan berkenaan bagi memastikan ia selamat kepada komuniti setempat.

Tawaran itu hadir susulan kes kematian dua pelajar sekolah menengah berusia 14 tahun di kawasan bangunan perumahan kosong di Flat Sungai Pari, Buntong pada Jumaat lalu.

Kedua-dua mangsa yang juga rakan baik dipercayai bersekolah di sekolah sama di Ipoh dan mengikuti sesi pembelajaran pada sebelah petang

Dalam pada itu, Zaiteena berkata, proses perobohan tidak dapat dilaksanakan serta-merta kerana ia perlu melalui beberapa prosedur.

Beliau berkata, ia termasuklah mendapatkan Kebenaran Merancang (KM) daripada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) selain proses rezoning.

“Proses ini akan mengambil sedikit masa, namun langkah keselamatan seperti pemasangan penghadang akan dilaksanakan terlebih dahulu,” katanya.

Begitupun, beliau berkata, dua bangunan di kawasan tersebut akan dikekalkan sebagai elemen warisan. – KOSMO! ONLINE

The post Flat Sungai Pari bakal diroboh, pemaju telah dilantik appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved