Flavio Bolsonaro ‘lari’ ke AS selepas tewas pilihan raya presiden Brazil

WorldPolitics
28 Oct 2026 • 12:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Flavio Bolsonaro ‘lari’ ke AS selepas tewas pilihan raya presiden Brazil

BRASILIA: Senator Brazil, Flavio Bolsonaro dilaporkan meninggalkan negara itu dan berlepas ke Amerika Syarikat (AS) selepas tewas dalam Pilihan Raya Presiden pada Ahad lalu, menurut maklumat daripada tiga sumber berasingan pada petang Selasa.

Langkah berkenaan diambil di tengah-tengah tindakan Jabatan Negara AS yang dijangka memberi kelulusan visa kemasukan kepada beliau bersama ahli keluarganya.

Bolsonaro yang sehingga kini masih enggan mengiktiraf kemenangan penyandang berhaluan kiri, Luiz Inacio Lula da Silva, bertindak keluar dari Brazil selepas enggan mematuhi perintah Mahkamah Agung untuk menyerahkan pasportnya.

Ketetapan mahkamah itu dibuat berikutan siasatan kes pengubahan wang haram yang sedang dihadapi oleh beliau, walaupun tuduhan berkenaan ditolak sekeras-kerasnya oleh Senator tersebut.

Lokasi sebenar keberadaan Bolsonaro bersama isteri dan dua anak perempuannya masih belum dapat dipastikan secara terperinci.

Namun satu sumber yang rapat dengan keluarga berkenaan mendakwa beliau telah mendarat di Florida.

“Jabatan Negara akan mengeluarkan visa kepada Bolsonaro serta keluarganya dan membenarkan mereka memasuki AS,” menurut pengesahan daripada seorang pegawai kanan Jabatan Negara AS.

Tindakan Bolsonaro itu dikhuatiri bakal memburukkan lagi jurang keretakan hubungan diplomatik antara dua negara terbabit.

Lula sebelum ini mendakwa pentadbiran Washington bersubahat dengan keluarga Bolsonaro bagi membantu mengembalikan dinasti politik berkenaan ke tampuk kuasa.

Perkembangan ini turut mengimbau tindakan bapa beliau, bekas Presiden, Jair Bolsonaro yang turut berlepas ke AS selepas enggan mengaku kalah kepada Lula pada 2022 sebelum dijatuhi hukuman penjara 27 tahun atas kesalahan merancang rampasan kuasa. -AGENSI

The post Flavio Bolsonaro ‘lari’ ke AS selepas tewas pilihan raya presiden Brazil appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved