Pemandu lori rempuh pesawat Boeing 727

28 Oct 2026 • 5:30 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pemandu lori rempuh pesawat Boeing 727

BRASILIA – Sebuah lori melanggar bahagian hadapan pesawat Boeing 727 yang dipamerkan di sebuah stesen minyak di Brazil selepas pemandu kenderaan itu pengsan semasa memandu, lapor akhbar The Sun UK. 

Kejadian berlaku di negeri Sao Paulo, baru-baru ini. 

Pasukan penyelamat bergegas ke tempat kejadian dan berusaha menyelamatkan seorang pemandu lori berusia 46 tahun yang terperangkap di dalamnya. 

Pelanggaran yang kuat menyebabkan Boeing 727 itu bergerak kira-kira 15 meter ke belakang sekali gus merosakkan sepenuhnya bahagian hidung dan roda pendaratan. 

Mangsa dikejarkan ke hospital dalam kecederaan parah. Dia juga disyaki mengalami masalah kesihatan secara tiba-tiba semasa memandu. 

Lori berkenaan dilaporkan hilang kawalan dan melintasi laluan bertentangan di lebuh raya sebelum merempuh pagar lalu melanggar bahagian hadapan Boeing 727. 

Siasatan sedang dijalankan, namun pihak berkuasa berpendapat bahawa masalah kesihatan yang tiba-tiba dialami oleh mangsa merupakan punca utama kejadian. – AGENSI

 

The post Pemandu lori rempuh pesawat Boeing 727 appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved