‘Flex’ Cincin Di Anugerah Golden Globes, Tom Holland & Zendaya Sudah Bertunang!

Entertainment
7 Jan 2025 • 1:26 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Adakah kita akan melihat pasangan Spiderman dan Mary Jane pertama yang berkahwin dalam kehidupan sebenar?

Pasangan yang dimaksudkan ialah selebriti Hollywood, Tom Holland dan Zendaya yang dikatakan sudah pun bertunang baru-baru ini apabila pelakon wanita itu menunjuk-nunjuk cincin di jari manisnya ketika Anugerah Golden Globes semalam.

TMZ melaporkan ada sumber yang rapat dengan pasangan itu berkata bahawa Tom Holland melamar antara Krismas dan Tahun Baru di salah satu rumah keluarga Zendaya di Amerika Syarikat dalam satu sesi yang sangat romantis dan intim.

image is not available

Selain itu, sumber yang sama turut memberitahu TMZ bahawa Tom Holland meminta ‘restu’ untuk melamar Zendaya daripada bapanya, Kazembe Ajamu Coleman beberapa bulan sebelum lamaran itu.

Ketika anugerah itu semalam, Zendaya ditanya sama ada dia sudah bertunang secara terang-terangan, tetapi pelakon itu hanya menujukkan cincinnya, tersenyum malu dan mengangkat bahunya (shrug) tanpa memberikan sebarang kenyataan.

Sebagai info, Tom Holland dan Zendaya pertama kali digandingkan bersama dalam filem Spiderman: Homecoming.

Sumber: Elle

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.