Fly FM gugurkan Ed Sheeran daripada senarai putaran lagu

LocalEntertainment
19 Sep 2026 • 4:23 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Fly FM gugurkan Ed Sheeran daripada senarai putaran lagu

PETALING JAYA: Stesen radio tanah air, Fly FM, mengambil pendirian tegas dengan menggugurkan lagu-lagu penyanyi antarabangsa, Ed Sheeran daripada senarai putaran mereka berkuat kuasa serta-merta.

Tindakan itu diambil sebagai tanda solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin serta sokongan kepada artis yang berani bersuara demi keadilan sejagat.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook rasmi stesen berkenaan, Fly FM menegaskan bahawa isu kemanusiaan jauh lebih utama berbanding hiburan semata-mata.

“Ada perkara yang jauh lebih penting daripada muzik,” tulis kenyataan itu yang turut disertakan dengan grafik memaparkan wajah Sheeran bersama slogan ‘Off our playlist!’.

Langkah drastik itu dipercayai berpunca daripada laporan mengenai penyanyi rap Amerika Syarikat, Macklemore, yang digugurkan daripada siri jelajah Loop Tour milik Sheeran selepas dia secara terbuka menyatakan sokongan terhadap Palestin.

Fly FM dalam kenyataannya berkata, mereka berdiri teguh di belakang rakyat Palestin dan menyokong penuh mana-mana artis yang menggunakan pengaruh mereka untuk memperjuangkan apa yang diyakini benar.

“Muzik sepatutnya menjadi wadah untuk memberi suara kepada manusia, bukannya untuk membungkam atau merampas suara tersebut.

“Kami berdiri bersama Palestin. Kami menyokong artis-artis yang berani bersuara untuk mereka,” tambah kenyataan itu lagi.

Terdahulu, Macklemore dilaporkan dikeluarkan daripada baki tarikh konsert di AS dalam siri jelajah Sheeran selepas membuat kenyataan pro-Palestin semasa persembahan di Stadium MetLife, New Jersey, awal bulan ini.

Penyanyi rap itu mendakwa keputusan tersebut diambil selepas perbincangan dengan pihak Sheeran, manakala penganjur jelajah, Messina Touring Group pula mendakwa pemilik lokasi konsert tidak membenarkan persembahan yang melibatkan Macklemore diteruskan.

Sheeran kemudian menjelaskan bahawa keputusan itu dibuat oleh penganjur jelajah ekoran kebimbangan yang dibangkitkan oleh pemilik premis.

Walaupun berdepan tekanan, Macklemore tetap teguh dengan pendiriannya dan berjanji akan menyumbangkan pendapatan berjumlah AS$1 juta (RM4.08 juta) daripada jelajah tersebut kepada enam organisasi yang menyokong rakyat Palestin. -UTUSAN

The post Fly FM gugurkan Ed Sheeran daripada senarai putaran lagu appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved