FlyScoot tambah penerbangan beri manfaat kepada Malaysia

Business & Finance
7 Sep 2023 • 6:23 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anthony dan Leslie.

INISIATIF syarikat penerbangan tambang rendah Singapura, FlyScoot menghubungkan negara itu ke lebih banyak bandar di Malaysia, bukan sahaja memberi manfaat kepada sektor pelancongan tetapi juga rakyat yang bekerja di Singapura.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pihaknya mengadakan pertemuan bersama Ketua Pegawai Eksekutif FlyScoot, Leslie Thng dan pasukannya pada Sabtu bagi membincangkan mengenai rancangan penambahan kawasan penerbangan tersebut.

"Kami amat mengalu-alukan inisiatif syarikat penerbangan berkenaan," katanya di Facebook.

Dalam masa sama, Anthony turut mencadangkan kepada FlyScoot berkenaan keperluan bagi menempatkan lebih banyak penerbangan di laluan sedia ada termasuk Singapura ke Ipoh.

"Selain itu, ke Pulau Pinang, Kuching, Miri, Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur ketika musim perayaan.

"Ia bagi memastikan perjalanan mampu milik dan berterima kasih kepada Leslie atas maklum balas positif (cadang itu)," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved