“Focus teruk” – Netizen Kagum Tengok Sekeluarga Bangsa India Tonton Drama ‘Aku Bukan Ustazah’

Entertainment
30 May 2024 • 12:46 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Satu video daripada sebuah keluarga berbangsa India di TikTok kini sedang menjadi tumpuan netizen kerana mereka dilihat khusyuk menonton sebuah drama.

Apa yang menarik perhatian netizen adalah mereka menonton drama Melayu bertajuk Aku Bukan Ustazah yang kini sedang ditayangkan di TV3.

Dalam video yang telah meraih lebih 600K jumlah tontonan dalam masa 2 hari ini, ramai netizen terpesona kerana mereka sekelurga dilihat begitu fokus menonton drama bersiri itu.

@lalamun90

Lepas majlis kito layan drama.Tak kira ape bangsa yer. Melayan jugak drama aku bukan ustazah nie.gigih subscribe tonton bole tgk awal. #akubukanustazah #tonton @erysha emyra @MK K-CLIQUE

♬ Suci Di Mana Kini Kau Berada – Rasyid

“Lepas majlis kito layan drama.Tak kira ape bangsa yer. Melayan jugak drama aku bukan ustazah nie. Gigih subscribe tonton boleh tengok awal.”

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen jadi kagum dan ada juga yang menjelaskan bahawa mereka yang berbangsa Melayu juga gemar menonton drama dan filem Tamil.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Comel je diaorang ni, tapi tak dinafikan sebenarnya drama Tamil pun memang best, jalan cerita mereka pun lebih kurang je macam cerita kita.

Sumber : TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.