Fokus aksi seterusnya – Stano

LocalFootball
13 Jan 2025 • 3:32 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: GL Oh

Kota Kinabalu: Rekod sembilan perlawanan tanpa kalah Sabah FC dalam semua pertandingan berakhir dengan kekalahan 0-4 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) FC dalam pertembungan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim pada Sabtu.

Anak-anak buat Martin Stano itu memberikan tentangan baik pada separuh masa pertama untuk menafikan pasukan tuan rumah sebarang peluang, bahkan Joao Pedro hampir meletakkan mereka di depan pada minit ke-33 selepas dia menerima hantaran Gary Steven Robbat, tetapi rembatannya disekat oleh kaki yang dihulurkan penjaga gol Syihan Hazmi.

AdvertisementPasukan tuan rumah hanya berjaya memecah kebuntuan pada separuh masa kedua. Rawilson Batuil yang memulakan perlawanan di tempat Gabriel Peres yang digantung melakukan kekasaran di tepi kotak penalti dan Juan Muniz menjaringkan gol daripada sepakan percuma yang terhasil.

Satu lagi jaringan Juan pada minit ke-69 dari sudut sukar menggandakan kelebihan mereka dan sebarang peluang untuk kebangkitan lewat dari Sabah FC berjaya digagalkan pada minit ke-79 selepas Bergson Guatavo menyempurnakan sepakan penalti berikutan bola terkena tangan Park Taesu.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Bergson kemudian memastikan permainan di luar jangkauan apabila dia memintas hantaran ke belakang kepada Rawilson sebelum menewaskan penjaga Badak Khairul Fahmi Che Mat untuk gol keempat JDT pada minit ke-83.

Walaupun tewas, Martin tetap berpuas hati dengan persembahan pemain terutama pada separuh masa pertama.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Saya tetap berbangga dengan pemain saya walaupun kalah. Pemain beraksi cemerlang pada separuh masa pertama dan mereka tidak memberi ruang kepada JDT untuk bergerak bebas.

“Bagaimanapun, JDT mula memberi lebih banyak tekanan pada separuh masa kedua. Pemain kita juga dilihat memberi lebih ruang kepada mereka dan mereka berjaya menggunakan peluang untuk menjaringkan gol,” katanya.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Beliau turut menggesa pemain supaya melupakan kekalahan itu dan fokus untuk memenangi perlawanan akan datang bagi mengukuhkan kedudukan dalam Liga Super.

Sabah FC kini berada di tangga ketiga di belakang JDT dan Selangor FC dengan 29 mata daripada sembilan kemenangan, dua seri dan lima kekalahan.

Perlawanan mereka seterusnya ialah aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang Sri Pahang di Stadium Likas pada 18 Januari sebelum menentang Negeri Sembilan dalam saingan liga di tempat lawan pada 25 Januari.