“Fokus Hari Bahagia Okay?” – Hantaran Shila Amzah Raih Perhatian, Ibu Bakal Tamat Zaman Solo?

LocalFamily & Parenting
8 Aug 2025 • 5:14 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi Shila Amzah seolah-olah memberi ‘hint’ sesuatu yang menggembirakan akan berlaku dalam keluarganya tidak lama lagi.

Menerusi Instagram story, Shila telah berkongsi foto ibunya, Fauziah Sarman yang tersenyum manis dan berkata itu merupakan saat paling bahagia buat wanita tersebut.

Mak kita punya momen paling gembira. Kita doakan semua mak dijauhi orang-orang toksik. Yang penting keluarga kita okay. Fokus pada hari bahagia kamu okay.

image is not available

Foto tersebut memaparkan Fauziah seperti sedang mengadakan temu janji dengan pereka fesyen sekaligus menimbulkan tanda tanya sama ada ibu Shila dalam proses membuat persiapan hari istimewanya.

Dalam pada itu, Fauziah juga dilihat turut berkongsi semula hantaran Shila itu di Instagram dan menulis kapsyen ‘InsyaAllah’.

Sebelum ini, Shila pernah mendedahkan bahawa ibunya dalam fasa bahagia dan sedang mengenal hati budi seorang duda.

image is not available 2025-07-16 17:29:43

"Family Day" - Shila Amzah Kongsi Foto Bersama Bakal Bapa Tiri