Shila Amzah Harap Ibu Cepat Kahwin, Seronok Tengok Makin Bahagia - “Dia Ketika Ini Berada Di Fasa Menikmati Kebahagiaan”

2 Aug 2025 • 12:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penyanyi Shila Amzah mengakui dia berasa gembira melihat ibunya, Fauziah Sarman kini berada dalam fasa bahagia selepas dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga sekali lagi.

 

Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 35, berkata, dia juga merestui hubungan mereka dan berpendapat ibunya juga berhak mengecapi bahagia bersama insan yang dicintai.

 

“Ibu saya ketika ini berada di fasa menikmati kebahagiaan dalam hidupnya. Saya sebagai anak gembira melihat keadaan ibu saya yang sekarang ini.

 

“Saya mendoakan mak saya bahagia seperti mana saya berjumpa dengan Ubai. Saya harap dia bersama seseorang yang akan meratukan dirinya dengan lebih baik,” katanya.

 

Disoal mengenai penerimaan adik-beradik yang lain, penyanyi lagu Patah Seribu berkata, mereka menyambut baik hasrat ibunya yang mahu bergelar isteri semula.

 

“Saya dan adik-beradik lain sangat mengalu-alukan, kerana kebahagian ibu kami adalah juga kebahagian untuk kami,” ujarnya.

 

Dalam pada itu, Shila berkata, perkara baik seharusnya dipercepatkan dan tidak elok ditangguh.

 

“Tak payah tunggu-tunggu (untuk berkahwin), kalau boleh cepat-cepat,” ujarnya lagi.

 

Terdahulu, Fauziah Sarman mendedahkan bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki berstatus duda pada tahun ini.

 

Fauziah memaklumkan bahawa jejaka tersebut berjaya membuka hatinya untuk kembali mendirikan rumah tangga sekali lagi selepas hampir dua tahun bergelar ibu tunggal. Kataya, lelaki itu memiliki peribadi yang baik dan penyayang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved