'Fokus saya bukan rekod individu' - Ronaldo

FootballSports
5 Apr 2025 • 9:47 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ronaldo. Foto AFP

CRISTIANO Ronaldo muncul wira Al-Nassr apabila meledak dua gol pada separuh masa kedua termasuk satu sepakan penalti untuk membantu pasukannya mencatat kemenangan 3-1 ke atas Al-Hilal dalam saingan Liga Pro Saudi pada Sabtu.

Kemenangan itu menyaksikan Al-Nassr kekal di tangga ketiga dengan 54 mata, namun kini hanya ketinggalan tiga mata di belakang Al-Hilal yang berada di kedudukan kedua, dan tujuh mata di belakang pendahulu liga, Al-Ittihad, yang akan menentang Al-Ahli.

Al-Nassr terlebih dahulu membuka jaringan sebelum tamat separuh masa pertama menerusi rembatan cantik Ali Al Hassan yang menewaskan penjaga gol Al-Hilal, Yassine Bounou.

Dua minit selepas rehat, Ronaldo menambah gol kedua buat Al-Nassr hasil penyudah kemas selepas menerima hantaran daripada Sadio Mane.

Juara bertahan, Al-Hilal cuba bangkit menerusi serangan balas pantas dan berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-62 hasil tandukan jarak dekat Ali Al-Bulayhi selepas situasi sepakan sudut.

Namun, Al-Nassr memastikan tiga mata penuh apabila Ronaldo tenang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-88 selepas VAR mengesahkan insiden bola terkena tangan oleh pemain gantian, Moutreb Al-Harbi.

“Kemenangan ini hasil usaha berpasukan. Menjaringkan gol memang penting, tapi kemenangan lebih utama.

“Saya bekerja keras untuk membantu pasukan sama ada dalam Liga Pro Saudi atau Liga Juara-Juara Asia. Fokus saya bukan kepada rekod individu,” kata Ronaldo

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved