Fokus Tentang Penghijrahan, Kiblat Ke Syurga Raih Komen Positif Penonton - “Sangat Best Cerita Ni!”

14 Jun 2024 • 2:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Drama berjudul Kiblat Ke Syurga baru sahaja membuka tirainya pada 5 Jun lalu. 

Terima Reaksi Positif

"Sangat best cerita ni...

Antara komen yang diterima: 

image is not available

image is not available
Sinopsis


Dalam usaha mendalami agama Islam, Nina mula menghadiri kelas-kelas agama dan bertemu dengan Ustaz Hadi yang mempunyai keperibadian berbeza daripada Fakhri. Ustaz Hadi terkenal dengan ceramahnya berkaitan rumah tangga dan keluarga.

Disebabkan itu, Nina menghadiri ceramah Ustaz Hadi dan meminta nasihatnya dalam usaha menjadi seorang muslim yang lebih baik. Dari situ Nina secara tidak sengaja mempunyai perasaan terhadap Ustaz Hadi dan menyembunyikan status perkahwinannya dari pendakwah itu. 

Dalam pada itu, Ustaz Hadi juga terpalit dengan permasalahan percintaan di mana dirinya tersekat dalam perkahwinan yang diatur bersama seorang wanita yang juga penceramah agama, Dr Khadijah. Akan tetapi, Ustaz Hadi juga dalam diam mempunyai perasaan terhadap Nina. 

Sedar akan rumah tangganya yang sedang bergolak, Fakhri mengambil keputusan untuk mempelajari agama demi isterinya walaupun sukar. Fakhri bagaimanapun secara tidak sengaja meminta nasihat daripada Ustaz Hadi tanpa mengetahui bahawa isterinya juga meminta nasihat daripada orang yang sama. 

Kesemua mereka berada di jalan ke syurga tetapi ia penuh dengan cabaran dan rintangan. Bagaimanakah pengakhirannya?

Saksikan Kiblat Ke Syurga mulai 5 Jun ini setiap Rabu dan Khamis jam 9 malam di Astro Ria saluran (104).

Kiblat Ke Syurga dibintangi barisan pelakon terkenal tanah air seperti Azira Shafinaz, ledil Putra, Syarul Ezani dan Lisa Surihani.

Dapatkan Pek Astro sekarang dengan pemasangan PERCUMA dari hanya RM41.99/bulan. Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu - Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my sekarang!