“FOMO ke memang lapar?” – Netizen Pertikai Orang Ramai Sanggup Beratur Demi Mi Segera Harga RM15

Entertainment
8 Nov 2024 • 1:53 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Satu video tular baru-baru ini memperlihatkan orang ramai beratur panjang untuk mendapatkan menu mi segera viral yang dikatakan bertapak di Setiawangsa.

Jika diperhatikan dalam video tersebut memang sangatlah panjang dan ditayangkan juga menu mi segera tersebut yang ada letak pelbagai topping dan difahamkan satu menu mi segera itu harganya antara RM 8 hingga RM 15.

Disebabkan itu ia mengundang pelbagai reaksi sinis netizen kerana orang ramai sanggup beratur demi semangkuk mi segera.

Dalam pada itu, ramai yang anggap tindakan mereka ini demi nak mengejar trend atau demi kandungan di media sosial selain ada yang mempertikaikan tahap kualiti makanan kerana menggunakan air rebusan berulang kali.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Walaubagaimanapun, ada yang menyokong tindakan orang ramai ini kerana ingin membantu peniaga tersebut, malah ada juga yang beranggapan bahawa mungkin ada kunikan lain pada menu itu, bukan untuk mi segera semata-mata.

image is not available image is not available image is not available

Bila tengok video tiba-tiba lapar mi segera pula, patut ke min pergi juga ke masak je kat rumah?

Sumber : X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.