Fon Kepala Sennheiser HDB 630 Disenaraikan Di Malaysia Pada Harga RM2499

TechnologyDigital
10 Oct 2025 • 12:59 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sennheiser Malaysia mula menyenaraikan fon kepala premium terbaharu HDB 630 di laman web rasmi dengan harga RM2499. Pratempahan telah dibuka dan hanya ditawarkan dalam satu pilihan warna iaitu hitam.

image is not available

Fon kepala ini menyokong audio resolusi tinggi sehingga 24-bit/96kHz melalui codec aptX Adaptive dan pemacu audio bersaiz 42mm. Ia dilengkapi fungsi pembatalan hingar aktif adaptif yang mampu menapis bunyi luar tanpa mengganggu pengalaman pendengaran.

image is not available

Sennheiser juga memperkenalkan ciri baharu ‘Crossfeed’ yang menggabungkan saluran audio kiri dan kanan untuk menghasilkan bunyi yang lebih seimbang dan selesa. Pengalaman audio beresolusi tinggi dengan sokongan aptX HD dan aptX Adaptive turut boleh dinikmati melalui sambungan USB-C atau kabel 3.5mm.

image is not available

Pengguna boleh melaraskan audio melalui aplikasi Smart Control Plus yang kini menyokong ‘Parametric Equalizer (EQ)’ dengan kawalan frekuensi lebih tepat dan fungsi perbandingan bunyi secara langsung. Sennheiser merancang kemas kini akan datang yang membolehkan tetapan EQ dikongsi melalui kod QR.