Bukan hanya jam tangan malahan imoo juga menawarkan fon telinga baharu di Malaysia. Seperti namanya imoo Openbuds E5 merupakan fon telinga terbuka dengan rekaan seakan anting-anting apabila digunakan di telinga. Ia didatangkan dalam binaan yang ringan bersama klip boleh dilaras untuk penggunaan yang selesa. Malahan menurut imoo penggunaan rekaan terbuka seperti itu juga baik untuk kegunaan jangka masa panjang sambil melindungi telinga pengguna.

Bateri disertakan pula boleh bertahan maksimum 30 jam penggunaan yang juga berpotensi dengan bantuan pod pengecas. Kawalan sesentuh juga disokong oleh fon telinga untuk keupayaan mengawal ciri dan fungsi diberikan. Bagi berminat imoo Openbuds E5 dijual pada RM399 seunit dengan pilihan warna putih sahaja.
