Fon telinga tanpa wayar tahan lasak hingga 70 jam, lengkap teknologi LDAC dan pembatalan bunyi hibrid

TechnologyDigital
1 Nov 2024 • 12:00 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

MASIH mengukuhkan kesungguhan dalam penyediaan teknologi baharu pada harga mesra bajet, Realme melancarkan fon telinga tanpa wayar pertama, Realme Techlife Studio H1 baru-baru ini.

Laman rasmi jenama China itu menyebut, inovasi terkini berkenaan tampil dengan ciri pembatalan bunyi hibrid dan Lossless Digital Audio Codec (LDAC).

Teknologi pengekodan audio tersebut membolehkan penstriman audio beresolusi tinggi melalui sambungan Bluetooth dan menikmati kesan bunyi audio spatial 360 darjah.

Jangan lupa saksikan full tayangan Borak Bibir Merah Eksklusif Erra Fazira.

Selain dibuat daripada material kulit berkualiti tinggi, kusyen span memori dan angkup kepala boleh laras, ia juga tampil dengan tiga rona pilihan iaitu Crimson Beats, Ivory Beats serta Midnight Magic.

image is not available

Berikut antara ciri lain Realme Techlife Studio H1:

  • Sambungan Bluetooth 5.4 yang menyokong Multipoint Connection untuk dua peranti secara serentak.
  • Kapasiti bateri 600mAh yang berfungsi hingga 70 jam dengan sekali pengecasan menerusi port USB jenis C.

image is not available

  • Fungsi butang pada gegendang untuk kendalian pelarasan bunyi, penukaran siaran dan mematikan peranti dengan mudah.